MINGGU PENGENALAN

10 buah lagu disenaraikan sebagai pencalonan baru.  Penonton akan menghantar sms untuk menentukan kedudukan lagu setiap minggu bermula dari minggu 1 – 4.  kedudukan akan dikira berdasarkan undian sms yang tertinggi

 

MINGGU PERTAMA

Kedudukan lagu akan ditentukan berdasarkan undian tertinggi yang diterima oleh lagu yang bertanding. Tiada penyingkiran atau pencalonan baru

 

MINGGU KEDUA

Kedudukan lagu akan ditentukan berdasarkan undian yang dikira daripada minggu pertama.  Jumlah lagu yang mendapat undian tertinggi akan mendapat tempat teratas pada minggu tersebut.

 

MINGGU KETIGA

Masih mencari kedudukan lagu yang diambil kita daripada minggu pertama. Kedua dan ketiga.  Undian tertinggi akan menentukan lagu yang mendahului carta minggu ketiga.

 

MINGGU KEEMPAT

Jumlah undian SMS sepanjang pusingan iaitu dari minggu 1 - 4 akan menentukan JUARA pusingan sekaligus keluar carta dan layak ke peringkat akhir.  Manakala 3 lagu yang mendapat undian terendah akan terkeluar carta dan 4 lagu baru akan dicalonkan untuk bersama 6 lagu yang masih bertahan untuk  ke pusingan seterusnya.  Tetapi undian akan bermula sekali lagi tanpa mengambil kira jumlah undian pusingan sebelum itu. Maka proses ini akan berulang sehingga mendapat 10 lagu yang akan berentap di peringkat akhir nanti.